Monday 31 December 2012

Resepi untuk orang diet (2) - santai

Resepi untuk orang diet

1)  Mufin Lemon

Bahan-bahan:

  • 1 cawan mentega
  • 1cawan gula
  • 4 biji telur. asing2 kan- kuning telur, yang putih telur tu pukul sehingga kembang
  • 1/2 cawan jus lemon
  • 2 cawan tepung gandum
  • sedikit serbuk penaik
  • sedikit garam
  • sedikit hirisan kulit limau / lemon
Cara pembuatan:
  1. pukul mentega dan gula sampai sebati. kemudian masukkan kuning telur sahaja dan kacau sehingga adunan menjadi ringan.
  2. tambahkan jus lemon, tepung gandum, serbuk penaik, garam.
  3. kacau sehingga sebati
  4. masukkan putih telur dan hirisan lemon
  5. tuang dalam acuan mufin dan bakar selama 20 min atau sehingga masak pada suhu 175'c.
2) Puding Karamel

Bahan-bahan:
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan gula
  • sedikit kulit lemon
  • 1/2 cawan oat
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 3/4 cawan susu
  • 1/2 cawan gula perang 
  • 1 cawan air
Cawan pembuatan:
  1. panaskan ketuhar pada 180'c
  2. masukkan kesemua bahan-bahan kecuali gula perang ke dalam pengisar dan kisar
  3. tuang campuran ke dalam bekas
  4. taburkan gula perang dan curahkan 1 cawan air mendidih ke atasnya dan bakar selama 30 min
Selamat mencuba..
 

Resepi untuk org nak berdiet (1) - Roti

Resepi untuk org nak diet

1) Roti Prun dan Lobak Merah

Bahan-bahan:

  • 180 gm buah prun
  • 1/2 cawan gula perang halus
  • sedikit teh soda bikarbonat
  • 1 batang lobah merah (disagat)
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • sedikit serbuk kulit kayu manis
  • 1 cawan air
Cara pembuatan:
  1. campurkan purn, gula, soda bikarbonat dan 1 cawan air di dalam periuk. biarkan hingga mendidih. angkat dan biarkan sejuk.
  2. panaskan ketuhar pada suhu 180'c. sapukan sedikit minyak pada loyang
  3. tambahkan lobak merah pada campuran prun tadi. ayak tepung dan serbuk kulit kayu manis tadi ke dalam campuran prun
  4. kacau rata dan tuang ke dalam acuan roti
  5. bakar salama 40 minit atau hingga masak. biarkan sejuk sebelum dipotong.
2) Roti Bawang Putih

Bahan-bahan:
  • 1 batang roti perancis - ala, roti yg keras baling dinding tu... 
  • 180 gm mentega
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 cawan parutan keju
  • sedikit lada hitam
Cara Pembuatan:
  1. Potong roti jadikan kepingan kecil
  2. campurkan kesemua bahan kecuali keju
  3. sapukan campuran pada setiap kepingan roti. tabur ngan keju
  4. bakar dalam ketuhar dengan suhu 180'c selama 10 minint ataupun sehingga keju mencari
  5. sedia dihidangkan
Selamat mencuba......

Friday 28 December 2012

Salad Asam Masin

Hye u ols... Selamat petang... Bestnye tido time hujan-hujan cenggini... tp tak elok la nk tido pas asar kn.. so, kte masak salad. wt kunyah-kunyah..


Salad

Bahan-bahan:

  • capsicum merah/hijau/kuning (dipotong dadu)
  • timun (dipotong dadu)
  • tomato ceri 
  • carrot (dipotong dadu)
  • serbuk asam masin - ala, yg slalu letak kt jambu tu....
  • jus lemon
Cara pembuatan:
  1. gaul kn semua dalam bekas 
  2. sedia untuk dihidangkan...
Selamat mencuba ye u ols...

Ayam goreng style mak su

Assalamualaikum, selamat pagi, dan salam 1 Malaysia
Hahaha...
u ols mesti pelik nape chik bagi nama cmni... sebabnye, memang resepi mak su chik, chik letak je la...  resepi dia simple je... sedap pulak tu.. so, skarang chik masak ayam guna resepi dia je..

Ayam Goreng


Bahan-bahan:

  • ayam 
  • halia
  • kunyit
  • garam
  • bawang putih
  • # petua tak nk bagi ayam ni letup2 time goreng, gaul kn sikit ngan tepung jagung..
Cara pembuatan:
  1. campur semua bahan-bahan di atas.
  2. goreng sehingga masak
  3. siap.. 
Sedap dan berkhasiat... Selamat mencuba...

Thursday 27 December 2012

Nasi Ayam RM2.50

Assalamualaikum n slamat pg u ols...
u ols pernah dengar tak nasi ayam rm2.50? kat bukit kapar ni berlambak nasi ayam rm2.50. tp chik paling suka makan nasi ayam kt simpang jalan limau tu.. mantop gle la..... punye la chik minat nasi ayam dia, chik pun reka2 la resepi ni... tp ni resepi merapu chik la...kalau u ols nak try, dipersilakan sebab resepi ni simple je.. tak payah nk pening2 kepala...heheheh

Nasi Ayam 

Untuk sup

  • bahan-bahan:
    • 1 ekor ayam
    • air secukupnye -untuk tenggelamkan ayam
    • garam
    • serbuk pati ayam. kalau takde, pakai 2 kiub pati ayam
    • 2 inci halia - diketuk
  • cara pembuatan
    • masuk semuanye dlm periuk, rebus dalam 30-40 minit
Nasi
  • bahan-bahan:
    • 3cawan beras
    • 5 cawan air rebusan ayam
    • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
    • 1 inci halia - ditumbuk
    • 1 sudu besar marjerin
    • 1 sudu besar minyak masak
  • cara pembuatan
    • panaskan minyak ngan mejerin dalam periuk nasi tu
    • masukkan bahan-bahan yand ditumbuk
    • goreng hingga wangi
    • masukkan beras yg sudah dibasuh, goreng sebentar. pastu, baru masukkan air rebusan ayam.
    • tutup periuk. tanak hingga masak
Sos cili
  • bahan-bahan:
    • 10 biji cili merah-dikisar / kalo tak nak guna cili merah, guna cili boh jer atau cili giling
    • 1 inci halia - dikisar
    • 1 sudu besar guna
    • garam
    • 2 sudu besar cuka
    • 1/2 botol sos thai
  • cara pembuatan
    • masuk kan je semua kt dalam kuali n masak kn sehinga rasa-rasa da ok..
Sedia untuk dihidangkan.. chik mls nk goreng ayam.. byk koje nnt. amik jer ayam kt dalam sup tu untuk wt mkn. chik tak wat yg kicap tu, sbb adik2 tak mkn sgt yg tu. membazir kalau buat.. hehehe....

Selamat mencuba ye u ols... 

Wednesday 26 December 2012

Murtabak meggi

Murtabak Meggi


Bahan-bahan untuk sorg makan...

  • 1 bungkus megi. terpulang u ols nk perisa pape.. tp chik suka perisa kari / tomyam
  • sedikit serbuk perisa ayam
  • telur 2 biji
  • bawang / cili (pilihan)
  • air untuk rebus megi
Cara-cara pembuatan:
  1. mula-mula rebus megi tu.. da kembang, tos kan jer.. letak tepi
  2. masuk kan telur, serbuk perisa ayam, bawang, cili ngan perisa kt dalam peket megi tu..
  3. kacau2 hingga sebati
  4. da ok tu, masuk kn megi yg da tos tadi. kacau balik sampai sekata.
  5. panas kan pan. letak minyak sikit. da panas tu, masuk kan adunan megi kita td.  
  6. pandai-pandai la u ols buat kan dia jadi bulat.. terbalik kn dia supaya dia masak sekata..
  7. siap untuk dihidangkan...
selamat mencuba u ols.... 

Monday 24 December 2012

Korean egg roll

Hello2... Hai u ols... Morning..
Hari ni teringin nak makan mknn korea lg la.. Jom try resepi ni..

Korean egg roll



Bahan-bahan:

  • telur
  • daun bawang (dicincang)
  • lobak (dicincang halus)
  • cili banggala (warna merah/hijau/kuning) - dicincang halus gak
  • garam
Cara pembuatan:
  1. Masukkan daun bawang, lobak ngan clili banggala ke dalam telur. 
  2. masuk kan garam sikit. Pastu kacau2, sehingga dia sebati
  3. panaskan kuali yg x melekat tu (non stick). kalo xde, u ols boleh guna kuali leper. tp kena letak minyak sikit la. takut melekat lak...
  4. tuangkan telur sikit dlm 1/2 mangkuk. bila bahagian bawah dah masak sikit, lipat dalam 1 inc and terus lipat sampai hulung..
  5. pastikan bahagian atas tak masak sangat supaya nnt senang dia nak melekat time lipat tu..
  6. bila da sampai hujung, tuang yg telur yang selebihnye... pastikan ia bersambung..da separuh masak cam tadi, gulung lagi.. 
  7. kali ni biarkan dia sampai betul2 masak.. angkat..
  8. Biarkan sejuk and potong..
Selamat mencuba ye.. Nnt chik bg resepi yg lain pula.. <3



Sunday 23 December 2012

Laksa

Hello2.. Assalamualaikum...
Hari ni chik nk kongsi resepi laksa...

Laksa


Bahan-bahan:

Bahan A

  • Ikan kembung / pelaling - chik slalu beli dlm RM10.00. ntah tak tau bape kilo ntah (diblender n di asing2 kan isi ngan tulang)
  • cili besar / cili boh 
  • cili api
  • 2 biji bawang besar
  • 2 batang serai
  • 1 batang bunga kantan
  • 1/2 cawan udang kering (pilihan)
Bahan B
  • segenggam daun kesum
  • 1 batang bunga kantan (dihiris)
  • laksa 
  • air
  • asam keping
  • sedikit garam
Bahan C (hiasan)
  • nanas
  • timun
  • bawang
  • telur rebus
  • cili merah / cili api
Cara pembuatan:

  1. Kisar semua bahan-bahan A. terus masuk dlm periuk.. panas kan
  2. Sementara itu, renehkan laksa. chik suka pakai laksa yg keras tu.. memang la agak liat sikit n lama nk kena rebus. tp sedap.... 
  3. bila bahan-bahan A da naik bau, masukkan bahan-bahan B pulak...
  4. Biarkan sampai mendidih...
  5. Rasa-rasa la... kalo rasa da sedap tu, tutup api. sedia untuk dihidangkan..
  6. boleh la dihiaskan dengan bahan-bahan C.
Selamat Mencuba


Friday 21 December 2012

Sambal belacan nenas

Hai2... Selamat pagi semua.. Dah sarapan ke belum ni?
Hari ni u ols nk masak ape ea? kongsi-kongsi la sama chik...
hari ni chik nk masak nasi goreng ngan sambal belacan nenas jer....
Resepi ni chik dpt dr seseorang kt kuala selangor.. (my ex future mother in law) 

Sambal Belacan Nenas



Bahan-bahan:
  • 5 biji cili besar
  • 2 biji cili api
  • nenas (ditumbuk / diblender)
  • sedikit belacan (dibakar sikit)
  • sedikit garam
Cara pembuatan:
  1. blander cili , belacan n garam sampai lumat..
  2. da siap blander, campurkan dgn nenas tu. kacau sehingga sebati. siap... senang kn
Hidangan ni sesuai untuk dimakan ngan ikan masin n ulam-ulaman... Pergh... terliur suda.... hihihi...

Thursday 20 December 2012

Burger Homemade

Alhamdulillah...
Akhirnye, chik berjaya jumpa resepi burger ni.. Chik nk simpan dlm blog supaya adik2 n semua org leh try resepi yg chik baru jumpa ni. Nnt kalo rajin2, leh la wt resepi ni.

Homemade burger


Bahan-bahan: 


  • sepeket daging / ayam cincang
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk blackpaper
  • 1/2 biji bawang besar - dicincang  halus. kalo malas, blender jer
  • 1/2 biji telur
Cara pembuatan:

  1. campur semua bahan2 di atas
  2. bulat2 and penyek2 kan. bentuk kan seperti burger yg kita beli kt kedai tu..
  3. siap utk di bakar
Senang nye.... hehehe...





My sis PMR result... 8A straight

Alhamdulillah....
Setelah berpenat lelah dia belajar, akhirnye membuahkan hasil gak.. Setinggi tahniah ayong ucapkan kt kak cik... Keep your good work... Ayong pun pelik, bdk suka tido keputusan gempak gler... Hehehe... Tahniah la ea...

Result 8A straight..

Kak Cik --> Iffah Marfuah --> tudung kuning


Tuesday 18 December 2012

kek batik

Hai2... Slamat pagi u ols...

Pepagi da teringat kat kengkawan lama... Chik teringat ari tu, sha kawan office lama ada call, mintak resepi kek batik ni.. chik pun ingat nk kongsi resepi ni ngan u ols la..

kek batik

Bahan-bahan:


  • biskut merie
  • milo peket kecik
  • susu minum dutchlady tu (botol kecik)
  • 1/2 tin susu pekat
  • 2 sudu kecik serbuk coklat
  • 2 sudu besar mentega
Cara pembuatan:

  1. letak mentega dlm kuali.. jgn byk sgt, letak dlm 2 sudu. bg dia rasa lemak2 sikit. rasa2 da cair, masuk kn susu dutchlady tu dlm 1/2 botol yg kecik je.
  2. masuk kn susu pekat 1/2 tin, kalo xnk manis sgt, letak le suku tin jer..
  3. masuk kn milo 1 peket yg kecik tu and masuk 2 sudu serbuk coklat
  4. kacau perlahan sehingga sebati. jgn kacau kuat2 sgt, nnt dia berketul. x cantik.
  5. rasa2 da menggelegak, masukkan biskut merie yg tlh di pecah-pecah kan. agak-agak la kuantiti nye, jgn byk sgt, takut tak jd lak
  6. gaul lg sehingga sekata.jgn gaul lma sangat, takut lemau / lembik
  7. da siap tu, masuk kn kedalam bekas n mampat2 kan kueh ni.
  8. masuk dlm peti ais dlm 10 min. bio sejuk sikit. 
  9. da siap utk dihidangkan..
selamat mencuba ye!!

Kenangan studio 2

Selamat pagi Malaysia.....

Apa khabar hari ni? harap2 u ols sihat sejahtera la hendaknye... chik tetiba teringat kt tenaga pengajar ke tmpt keje lama... rindu sgt kt diorg. ntah diorg da balik s'pore ke x? Miss u Lily, Sheren n Tim...  Tak lupa juga kengkawan dr studio 2. Kak mona, sha, mas, mel, darwin, ashwini, yoga, hawinash, parames, daddy @  sasi, G, Viron, terence, kak belle, ravi, and ramai lg la.. penat nk tulis byk2.. hihihi.... kengkawan studio lain pun, chik ingat gak, terutama skali mamat ensem ni, si asyraf (sbb nma dia sma ngan nma bf chik ler)... hehehe....



Pape pun, good luck to u ols la ea... Chik miss u so much... muahh....

Monday 17 December 2012

kimchi halal... Homemade

Hello hello.... Hai u ols semua...

Ada sesapa minat masakan korea tak? ni chik nk kongsi resepi kimchi... Senang jer nk wt. chik mna kongsi resepi yg susah2 kn2.. hehehe, perasan... Jom masak...


kimchi


Bahan-bahan ( 5-6 org mkn )

  • 1 biji kubis china (kalau xsuka kobis, wt pakai peria pun sedap gak tp pahit sikit la n nk kena perap dia pun lama gak supaya kurang pahit dia tu)
  • 1 ikat daun bawang(dipotong kasar)
  • 10gm halia dipotong memanjang
  • serbuk cili
  • cencaluk
  • 1/4 cawan kicap cair
  • 2 sudu halia dikisar
  • garam
  • gula
  • 1/2 cawan tepung beras +2 cawan air(masak smpai pekat)

Cara-cara pembuatan

  1. basuh kubis hingga bersih n dibelah 2,kemudian toskan 
  2. garam kan sayur kobis td secukupnya 
  3. perap n jeruk kan kobis tu selama 3-4 jam, tak payah masuk dlm peti ais pun, letak kt luar supaya cpt sikit prosesnye
  4. seterusnya keluar kn kobis tu..n basuh dan toskan seketika
  5. campur serbuk cili and cencaluk tu, then campurkan sedikit air supaya menjadi pes. terpulang kt u ols la kalo nk pedas, letak la serbuk cili tu bebanyak
  6. masukkan halia kisar td dlm pes tersebut campurkan kicap cair and gula
  7. campurkan tepung beras yg telah dipekatkan atas api td kedalam pes kimchi
  8. setelas pes itu digaulkn rata masuk kn dalam peti sejuk..dlm 30 mint n then lumurkan pada kobis tersebut 
  9. masukkan dalam peti sejuk dlm 2 hari dh siap. kalo pakai peria, kena perap dlm 5 hari...
Ok, da siap....  Makanan ni kalo lg lama di perap, lg sedap.. Selamat menjamu selera ye kengkawan...

Pavlova

Hai hai hai.... Selamat pg u ols.... Da sarapan ke belum ni?
Jgn lupa sarapan, sarapan tu penting tau...

Skarg ni chik nk masuk kn resepi pavlova yg my sis suka sgt mkn.. Dia kata senang, xpyh guna tepung gandum. guna telur jer.. So, ni kiranye resepi dia ler.. tp chik pernah mkn kek ni.. sedap lak tu... K, jom kte tgk resepi dia di bwh.

Kek Pavlova


Bahan-bahannye:


  • 4 biji putih telur
  • 1 cawan gula kastor
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh cuka masakan
  • 1/2 sudu besar tepung gandum
topping / hiasan

  • 1 cawan whipping cream
  • 1 1/2 sudu besar gula icing
  • 1/2 sudu teh esen vanila
Cara-cara pembuatan:

  1. pukul putih telur dgn kelajuan perlahan (dlm mixer) kalo pukul ngan tgn, ada la dlm 2 jam.. ktorg penah try pukul pkai tgn. Korg brani? hihihi.. nk tercabut tgn wt bnda ni...
  2. masukkan gula sudu demi sudu. jgn di msuk kn semua...
  3. pukul hingga jd putih berkilat
  4. pukul hingga sebati (masukkan esen vanila)
  5. masukkan tepung jagung dan cuka.
  6. pukul lg sehingga pekat. kalo rasa2 nk tau da jadi ke belum, korg terbalikkn bekas tu, kalo xjatuh, kira da ok la.. da mantap!!!
  7. buatkn garisan atas kertas minyak. kiranye gunting ikut acuan u ols tu ler..
  8. masukkn kertas minyak dlm acuan. tuang adunan kek tu.. pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari yg tengah ok
Masa membakar:

  • suhu 150 'c
  • selepas 15 minit, turunkan suhu sehinnga 140'c
  • masak kek hingga jadi coklat muda.
  • jangan keluarkan kek dari oven
  • tunggu hingga sejuk
Cara menghias:
  • pukul whipping cream dalam bekas hingga kental
  • masukkan gula dan esen vanila
  • masukkan whipping cream dalam plastik. simpan dalam peti sejuk skejap.
  • bila nk mkn, baru hias ngan buah-buahan..
Selamat mencuba ye kengkawan...

Sunday 16 December 2012

Durian Crepe

Hai u ols... kita bertemu lg....

Hari ni chik nk kongsi satu lg resepi yg tgh hot meletup skarg nih... Durian crepe.... hihihi... Jom kita sesama try buat mknn ni... Terliur nye....

Durian Crepe


Bahan-bahan:

Crepe

  • tepung gandum
  • santan
  • telur 
  • garam
  • pewarna kuning
filling
  • of course ler isi durian.. 
  • whipping cream
Cara pembuatan:

  1. campur semua bhn2 crepe tu.. kacau sehingga sebati.
  2. msuk kn dlm pan yg xmelekat tu. Ala u ols, wt mcm lempeng jer.. Sonang jo...
  3. K, da siap tu.. Isi durian ngan whipping cream tu, u ols campur kn. Gaul3 sampai kental.
  4. da ok, letak filling kt tengah and balut dgn crepe dia. (mcm balut hadiah, jd 4 segi).. da siap....

OK, done. selamat mencuba...

Me n my family


Assalamualaikum u ols...

This is me and my family... Tetiba rasa cm nk post picture nih... Ni salah satu pic yg chik suka sgt. bkn sebab scroll tu, tp sbb ni salah satu koleksi pic yg semua adik 2 n my parents ada dlm satu gambar. kalo tak, pergh bkn main payah ler nk berkumpul.. adik2 semua belajar kt merata M'sia ni... Sorg kt Johor, sorg kt sabak bernam, 2 kt melaka, 2 kt meru... Pape hal, my family is the best... LOVE U OLS... Muaahhhhh....

Pan cake coklat

Hello... Hello... Morning M'sia n Assalamualaikum....

Ceria nye hari ni... So, hari ni chik ingat nk msk lempeng coklat untuk sarapan... Tp ni cara masakan org pemalas la.. hihihi.... Nak tau resepi nye... Jom tgk kt bwh.. <3


Pan Cake coklat / Strawberi


Bahan-bahan:

  • tepung gandum
  • telur 
  • susu berperisa coklat / strawberi.. terpulang kt u ols la.. kalo suka perisa coklat, letak la coklat. kalo suka perisa strawberi, letak ler strawberi. tp jgn ler di campur dua perisa tu.. kalo rasa tak sedap, chik xnk msuk campur ea.. hihihi....
  • gula
  • madu
  • coklat chip (yg warna coklat - utk perisa coklat, yg warna pink2 tu - utk perisa strawberi).. budak2 kn suka warna warni, jd nk menarik bebudak ni mkn waktu pg, kena ler letak bnda2 alah tu... Baru la menarik, tertarik, meletup gitu.. Ceewahh...
Cara pembuatan:

  1. campur tepung gandum ngan telur. pastu masukkn susu berperisa yg u ols pilih tu... kacau2 than, letak kn gula.. jgn byk sgt sbb nnt nk letak madu kt atasnye..
  2. gaul hingga sebati.. kacau punya kacau, jgn sampai likat sgt.. bio cair2 sikit... senang nk dituang dlm pan nnt. 
  3. sementara tu, u ols panas kn pan. kalo boleh, carik pan yg xmelekat tuh... rasa2 adunan tu da ok, serrrrr (hihihi, siap ada sound effect lg) tuang kt dlm pan sikit2... 
  4. than, tabur la coklat chip tu kt atas nye.. bio sampai masak. di terbalik kn dua2 belah, bio masak serata..
  5. da siap tu, tuang la madu kt atas pan cake kte tu..

Ha, da siap.... slamat mencuba ye kengkawan.. 



Saturday 15 December 2012

chocolate cheese ball

Assalamualaikum.....

Ramai kawan-kawan yang mintak resepi ni kt chik.. So, chik rasa chik nk publish kn la resepi yg tak seberapa ni ea...

Chocolate cheese ball




Bahan-bahan:


  • cream cheese
  • biskut oreo / stereo (perisa ikut citarasa. tp chik pakai yg ada perasa vanila)
  • chocolate masakan
  • chocolate chip / kelapa kering / apa-apa la yg u ols suka untuk wat hiasan.
Cara pembuatan:

  1. biskut oreo tu, di bland kn dlm blander kering sampai dia jadi serbuk.
  2. than, masukkn cream cheese tu. Ala, mcm nk wt kueh raya.. kn u ols uli2 tepung ngan mentega.. Ha, wt macam tu ler... Ikut sukati u ols ler nk letak cream cheese tu byk mna.. Janji jgn sampai berderai udah. hihihi. <3
  3. rasa2 da ok, u ols gentel2 jadi bulat. kalau u ols malas, u ols suruh ler adik2 wt. slalu my cute adik2 yg di paksa rela utk menggentelkan jadi bulat2... tp yg xbestnye, diorg ni tangan memang ler gerak menggentel kueh. tp memperabiskan pun copek.. mcm cite p ramli tu, 1 utk along, 2 masuk mulut.. (kueh ni tak payah nk di msk, terus masuk mulut jer).. hahaha, love u la my adik... 
  4. sementara tu, u ols cairkn chocolate masakan... hati2, panas... chik slalu gabra nk cairkn bnda alah ni.. almaklum ler, org tak penyabar.. cenggini ler.. <3
  5. da cair jer ceklat tu, u ols celup la oreo bulat2 tu dlm chocolate masakan tu.. pastu, letak ler dlm cup. 
  6. hias ler ngan pape yg u ols nk. letak la chocolate chip warna warni tu ker, pape la...
  7. da siap semua, masuk kn dalam peti ais dlm 5 minit. (xpayah 5 min pun, janji ceklat tu da keras.
Ha, da siap... kn senang. Selamat mencuba ye kengkawan... Pape hal, leh la komen ye..