Friday 4 January 2013

Bubur Lazy

Assalamualaikum.... Hello2...
Chik rasa da lama xbuka blog.. hahaha... Chik kalau bagi tajuk, mesti mantop gle kn3... :) Resepi ni untuk org pemalas nk masak tp starving... Resepi dia mudah sahaja... Kan da tajuk ni main masak-masak.. so, kita campak-campak je la dlm periuk tu k....

Bubur Lazy a.k.a Pemalas

Bahan-bahan:

  • Beras yang sudah dibersihkan
  • air 
  • perencah ayam
  • black paper / white paper powder
  • sedikit bawang putih
  • sedikit halia
  • sayur campuran (optional-kalau rajin)
Cara Pembuatan:
  1. u ols buat la macam bubur biasa tu, masuk jer semua dlm periuk...
  2. tunggu sampai masak..
  3. sedia untuk dimakan... simple kn2.. Bubur ni chik slalu makan dengan sambal ikan bilis jer... Pemalas la katakan.. hehehehe...
Selamat mencuba ya...

Monday 31 December 2012

Resepi untuk orang diet (2) - santai

Resepi untuk orang diet

1)  Mufin Lemon

Bahan-bahan:

  • 1 cawan mentega
  • 1cawan gula
  • 4 biji telur. asing2 kan- kuning telur, yang putih telur tu pukul sehingga kembang
  • 1/2 cawan jus lemon
  • 2 cawan tepung gandum
  • sedikit serbuk penaik
  • sedikit garam
  • sedikit hirisan kulit limau / lemon
Cara pembuatan:
  1. pukul mentega dan gula sampai sebati. kemudian masukkan kuning telur sahaja dan kacau sehingga adunan menjadi ringan.
  2. tambahkan jus lemon, tepung gandum, serbuk penaik, garam.
  3. kacau sehingga sebati
  4. masukkan putih telur dan hirisan lemon
  5. tuang dalam acuan mufin dan bakar selama 20 min atau sehingga masak pada suhu 175'c.
2) Puding Karamel

Bahan-bahan:
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan gula
  • sedikit kulit lemon
  • 1/2 cawan oat
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 3/4 cawan susu
  • 1/2 cawan gula perang 
  • 1 cawan air
Cawan pembuatan:
  1. panaskan ketuhar pada 180'c
  2. masukkan kesemua bahan-bahan kecuali gula perang ke dalam pengisar dan kisar
  3. tuang campuran ke dalam bekas
  4. taburkan gula perang dan curahkan 1 cawan air mendidih ke atasnya dan bakar selama 30 min
Selamat mencuba..
 

Resepi untuk org nak berdiet (1) - Roti

Resepi untuk org nak diet

1) Roti Prun dan Lobak Merah

Bahan-bahan:

  • 180 gm buah prun
  • 1/2 cawan gula perang halus
  • sedikit teh soda bikarbonat
  • 1 batang lobah merah (disagat)
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • sedikit serbuk kulit kayu manis
  • 1 cawan air
Cara pembuatan:
  1. campurkan purn, gula, soda bikarbonat dan 1 cawan air di dalam periuk. biarkan hingga mendidih. angkat dan biarkan sejuk.
  2. panaskan ketuhar pada suhu 180'c. sapukan sedikit minyak pada loyang
  3. tambahkan lobak merah pada campuran prun tadi. ayak tepung dan serbuk kulit kayu manis tadi ke dalam campuran prun
  4. kacau rata dan tuang ke dalam acuan roti
  5. bakar salama 40 minit atau hingga masak. biarkan sejuk sebelum dipotong.
2) Roti Bawang Putih

Bahan-bahan:
  • 1 batang roti perancis - ala, roti yg keras baling dinding tu... 
  • 180 gm mentega
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 cawan parutan keju
  • sedikit lada hitam
Cara Pembuatan:
  1. Potong roti jadikan kepingan kecil
  2. campurkan kesemua bahan kecuali keju
  3. sapukan campuran pada setiap kepingan roti. tabur ngan keju
  4. bakar dalam ketuhar dengan suhu 180'c selama 10 minint ataupun sehingga keju mencari
  5. sedia dihidangkan
Selamat mencuba......

Friday 28 December 2012

Salad Asam Masin

Hye u ols... Selamat petang... Bestnye tido time hujan-hujan cenggini... tp tak elok la nk tido pas asar kn.. so, kte masak salad. wt kunyah-kunyah..


Salad

Bahan-bahan:

  • capsicum merah/hijau/kuning (dipotong dadu)
  • timun (dipotong dadu)
  • tomato ceri 
  • carrot (dipotong dadu)
  • serbuk asam masin - ala, yg slalu letak kt jambu tu....
  • jus lemon
Cara pembuatan:
  1. gaul kn semua dalam bekas 
  2. sedia untuk dihidangkan...
Selamat mencuba ye u ols...

Ayam goreng style mak su

Assalamualaikum, selamat pagi, dan salam 1 Malaysia
Hahaha...
u ols mesti pelik nape chik bagi nama cmni... sebabnye, memang resepi mak su chik, chik letak je la...  resepi dia simple je... sedap pulak tu.. so, skarang chik masak ayam guna resepi dia je..

Ayam Goreng


Bahan-bahan:

  • ayam 
  • halia
  • kunyit
  • garam
  • bawang putih
  • # petua tak nk bagi ayam ni letup2 time goreng, gaul kn sikit ngan tepung jagung..
Cara pembuatan:
  1. campur semua bahan-bahan di atas.
  2. goreng sehingga masak
  3. siap.. 
Sedap dan berkhasiat... Selamat mencuba...

Thursday 27 December 2012

Nasi Ayam RM2.50

Assalamualaikum n slamat pg u ols...
u ols pernah dengar tak nasi ayam rm2.50? kat bukit kapar ni berlambak nasi ayam rm2.50. tp chik paling suka makan nasi ayam kt simpang jalan limau tu.. mantop gle la..... punye la chik minat nasi ayam dia, chik pun reka2 la resepi ni... tp ni resepi merapu chik la...kalau u ols nak try, dipersilakan sebab resepi ni simple je.. tak payah nk pening2 kepala...heheheh

Nasi Ayam 

Untuk sup

  • bahan-bahan:
    • 1 ekor ayam
    • air secukupnye -untuk tenggelamkan ayam
    • garam
    • serbuk pati ayam. kalau takde, pakai 2 kiub pati ayam
    • 2 inci halia - diketuk
  • cara pembuatan
    • masuk semuanye dlm periuk, rebus dalam 30-40 minit
Nasi
  • bahan-bahan:
    • 3cawan beras
    • 5 cawan air rebusan ayam
    • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
    • 1 inci halia - ditumbuk
    • 1 sudu besar marjerin
    • 1 sudu besar minyak masak
  • cara pembuatan
    • panaskan minyak ngan mejerin dalam periuk nasi tu
    • masukkan bahan-bahan yand ditumbuk
    • goreng hingga wangi
    • masukkan beras yg sudah dibasuh, goreng sebentar. pastu, baru masukkan air rebusan ayam.
    • tutup periuk. tanak hingga masak
Sos cili
  • bahan-bahan:
    • 10 biji cili merah-dikisar / kalo tak nak guna cili merah, guna cili boh jer atau cili giling
    • 1 inci halia - dikisar
    • 1 sudu besar guna
    • garam
    • 2 sudu besar cuka
    • 1/2 botol sos thai
  • cara pembuatan
    • masuk kan je semua kt dalam kuali n masak kn sehinga rasa-rasa da ok..
Sedia untuk dihidangkan.. chik mls nk goreng ayam.. byk koje nnt. amik jer ayam kt dalam sup tu untuk wt mkn. chik tak wat yg kicap tu, sbb adik2 tak mkn sgt yg tu. membazir kalau buat.. hehehe....

Selamat mencuba ye u ols... 

Wednesday 26 December 2012

Murtabak meggi

Murtabak Meggi


Bahan-bahan untuk sorg makan...

  • 1 bungkus megi. terpulang u ols nk perisa pape.. tp chik suka perisa kari / tomyam
  • sedikit serbuk perisa ayam
  • telur 2 biji
  • bawang / cili (pilihan)
  • air untuk rebus megi
Cara-cara pembuatan:
  1. mula-mula rebus megi tu.. da kembang, tos kan jer.. letak tepi
  2. masuk kan telur, serbuk perisa ayam, bawang, cili ngan perisa kt dalam peket megi tu..
  3. kacau2 hingga sebati
  4. da ok tu, masuk kn megi yg da tos tadi. kacau balik sampai sekata.
  5. panas kan pan. letak minyak sikit. da panas tu, masuk kan adunan megi kita td.  
  6. pandai-pandai la u ols buat kan dia jadi bulat.. terbalik kn dia supaya dia masak sekata..
  7. siap untuk dihidangkan...
selamat mencuba u ols....