Thursday, 27 December 2012

Nasi Ayam RM2.50

Assalamualaikum n slamat pg u ols...
u ols pernah dengar tak nasi ayam rm2.50? kat bukit kapar ni berlambak nasi ayam rm2.50. tp chik paling suka makan nasi ayam kt simpang jalan limau tu.. mantop gle la..... punye la chik minat nasi ayam dia, chik pun reka2 la resepi ni... tp ni resepi merapu chik la...kalau u ols nak try, dipersilakan sebab resepi ni simple je.. tak payah nk pening2 kepala...heheheh

Nasi Ayam 

Untuk sup

  • bahan-bahan:
    • 1 ekor ayam
    • air secukupnye -untuk tenggelamkan ayam
    • garam
    • serbuk pati ayam. kalau takde, pakai 2 kiub pati ayam
    • 2 inci halia - diketuk
  • cara pembuatan
    • masuk semuanye dlm periuk, rebus dalam 30-40 minit
Nasi
  • bahan-bahan:
    • 3cawan beras
    • 5 cawan air rebusan ayam
    • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
    • 1 inci halia - ditumbuk
    • 1 sudu besar marjerin
    • 1 sudu besar minyak masak
  • cara pembuatan
    • panaskan minyak ngan mejerin dalam periuk nasi tu
    • masukkan bahan-bahan yand ditumbuk
    • goreng hingga wangi
    • masukkan beras yg sudah dibasuh, goreng sebentar. pastu, baru masukkan air rebusan ayam.
    • tutup periuk. tanak hingga masak
Sos cili
  • bahan-bahan:
    • 10 biji cili merah-dikisar / kalo tak nak guna cili merah, guna cili boh jer atau cili giling
    • 1 inci halia - dikisar
    • 1 sudu besar guna
    • garam
    • 2 sudu besar cuka
    • 1/2 botol sos thai
  • cara pembuatan
    • masuk kan je semua kt dalam kuali n masak kn sehinga rasa-rasa da ok..
Sedia untuk dihidangkan.. chik mls nk goreng ayam.. byk koje nnt. amik jer ayam kt dalam sup tu untuk wt mkn. chik tak wat yg kicap tu, sbb adik2 tak mkn sgt yg tu. membazir kalau buat.. hehehe....

Selamat mencuba ye u ols... 

2 comments: