Monday 31 December 2012

Resepi untuk orang diet (2) - santai

Resepi untuk orang diet

1)  Mufin Lemon

Bahan-bahan:

  • 1 cawan mentega
  • 1cawan gula
  • 4 biji telur. asing2 kan- kuning telur, yang putih telur tu pukul sehingga kembang
  • 1/2 cawan jus lemon
  • 2 cawan tepung gandum
  • sedikit serbuk penaik
  • sedikit garam
  • sedikit hirisan kulit limau / lemon
Cara pembuatan:
  1. pukul mentega dan gula sampai sebati. kemudian masukkan kuning telur sahaja dan kacau sehingga adunan menjadi ringan.
  2. tambahkan jus lemon, tepung gandum, serbuk penaik, garam.
  3. kacau sehingga sebati
  4. masukkan putih telur dan hirisan lemon
  5. tuang dalam acuan mufin dan bakar selama 20 min atau sehingga masak pada suhu 175'c.
2) Puding Karamel

Bahan-bahan:
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan gula
  • sedikit kulit lemon
  • 1/2 cawan oat
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 3/4 cawan susu
  • 1/2 cawan gula perang 
  • 1 cawan air
Cawan pembuatan:
  1. panaskan ketuhar pada 180'c
  2. masukkan kesemua bahan-bahan kecuali gula perang ke dalam pengisar dan kisar
  3. tuang campuran ke dalam bekas
  4. taburkan gula perang dan curahkan 1 cawan air mendidih ke atasnya dan bakar selama 30 min
Selamat mencuba..
 

No comments:

Post a Comment